Friday, June 30, 2023

Ulasan buku 'SayangNya Dia Kepadaku' oleh Sajida Zulkafli

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya. 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dalam post kali ini, Nad hendak ulas sebuah buku genre penyembuhan atau lebih dikenali sebagai buku healing terbitan Kadokawa Gempak Starz yang bertajuk 'SayangNya Dia Kepadaku' yang telah ditulis oleh Sajida Zulkafli. 

Penulis buku ini sememangnya popular di kalangan bookstagrammer.


Sejujurnya Nad bukanlah penggemar buku genre sebegini kerana bagi Nad, buku genre penyembuhan ini sama sahaja dari segi konten dan apa yang cuba disampaikan. Namun, untuk buku ini ada satu tambah nilai yang sangat berimpak tinggi buat Nad iaitu,
"Self-love tidak akan bermakna jika kita tidak mengenali Pencipta dan mengapa Dia ciptakan kita."

"Self-healing tidak akan penyembuhan jika kita tidak meminta dariapda Allah SWT untuk menyembuhkan kita."

Acap kali kita terlupa kepada Allah SWT di saat kita mahu sembuh daripada luka dan trauma yang kita hadapi. Sama juga dengan Nad. Terpana seketika apabila Nad baca bahagian pembuka bicara penulis. Kata-kata penulis yang mengingatkan pembaca bahawa Allah SWT sentiasa ada bersama kita dan kepadaNya kita memohon bantuan supaya kita sembuh daripada rasa sakit akibat kekecewaan dan kesakitan jiwa yang kita alami.


Isi kandungan 'SayangNya Dia Kepadaku'

Apa yang menjadikan buku ini lain daripada buku penyembuhan di pasaran ialah penulis memberi definisi yang sebenarnya tentang swacinta (self-love) dalam Islam dan saranan kepada pembaca bagaimana untuk sembuh dan terus bertumbuh dalam hidup walaupun diri sentiasa diuji. 

Satu topik yang menarik perhatian Nad ialah Topik 8 iaitu Tenang dengan Menulis. Nad memang mempraktikkan kaedah ini dengan menulis journal. Cuma sebelum ini Nad sekadar meluahkan perasaan dan jarang sekali hendak membuat refleksi dan memasukkan doa supaya Allah SWT membantu Nad keluar daripada kesulitan menahan emosi yang tidak stabil.


Jadi buku ini mengetuk jiwa Nad supaya sentiasa ingat kepada Allah SWT dalam sebarang situasi sama ada gembira, sedih dan kecewa. Ini kerana apa yang berlaku kepada diri kita tiada yang sia-sia.



"Kita selalu lupa untuk memasukkan emosi di dalam doa kita."


Bila terlalu sedih dan kecewa, selalunya kita akan terlupa tentang Allah SWT. Kita terus menerus melayan perasaan sedih itu dan akhirnya memakan diri sendiri.



Pada fasa PKP yang lepas, Nad sangat stres sehingga memberi kesan kepada diri Nad. Berat naik mendadak, hampir setiap hari murung dek kerana tidak ramai murid masuk ke kelas atas talian dan banyak lagi yang mengganggu fikiran masa itu.

Masa itu, Nad baru mengikuti penulis di Instagram dan Nad membuat keputusan untuk mencipta satu akaun Instagram yang baru khas untuk berkongsi tentang hobi. Masa itu Nad belum aktif lagi dengan aktiviti membaca. 

Rentetan daripada mengikuti akaun penulis, Nad pun mula merajinkan diri membaca buku seperti dulu dan Alhamdulillah, membaca sangat membantu Nad untuk tidak terlalu memikirkan perkara yang boleh membuatkan diri murung. Nad bersetuju dengan penulis di mana,

"Membaca mengajar diri kita untuk menikmati masa bersendirian."

Semoga kita terus bertumbuh dengan mencari ilmu terutama ilmu agama agar kita tidak sesat. 


Secara ringkasnya untuk kita sembuh dan tumbuh, kita perlu mengakui dan terima apa yang berlaku dalam hidup kita serta rasakan perasaan itu. Point yang paling penting ialah kita ceritakan kepada Allah SWT dengan penuh emosi dan memohon bantuan daripadaNya supaya kita beroleh ketenangan dan mampu keluar daripada emosi yang membuatkan diri kita tidak selesa.

 



Jangan pula kita lupakan Al-Quran. Membaca Al-Quran bersama tafsirnya merupakan senjata yang paling ampuh untuk kita sembuh kerana Al-Quran itu penuh dengan panduan untuk kita. Setiap hruf di dalamnya tidaklah dijadikan dengan sia-sia.

Nad sarankan anda baca buku ini jika anda dilanda kesedihan dan kekecewaan. Bagi Nad, buku macam ini sangat sesuai dibaca pada masa yang tepat supaya kita lebih terkesan.

Terima kasih penulis kerana menulis buku yang sangat bagus dan penuh dengan ilmu dan terima kasih juga kepada Gempak Starz kerana menerbitkan buku ini.

Oleh kerana Nad baca buku ini di saat Nad memerlukannya, Nad beri 5⭐.

Anda boleh beli buku ini dengan menekan link ini *klik sini* secara atas talian.

Semoga berjumpa lagi di post akan datang!


0 comments:

Post a Comment

Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur ya? Komen anda pemberi semangat kepada Nad.

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Untitled-design-12" />
Selamat datang ke blog Neddy Journal. Ruangan blog ini akan Nad jadikan medium untuk Nad nukilkan segala buah fikiran, pengalaman dan kisah hidup berkaitan buku dan journaling. Semoga ada manfaat kepada yang membacanya.

Categories

Copyright © Neddy Journal | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com